Sunday, December 23, 2012

Kesinambungan detik 7 Disember

Alhamdulillah..  ramai juga yang ingat hari jadi aku pada 7 Disember yang lalu. Ramai juga yang wish 'happy birthday' pada aku, baik dalam facebook mahu pun dalam sms. family aku juga turut menghargai tarikh kelahiranku itu. Mak aku ucapkan  selamat hari jadi padaku sambil pegang pipi anak dia ni.  soo sweettt..hehe.. tapi yang tak di sangka-sangkakan, pada malam itu, kakak ipar bersama abangku ada buat kejutan padaku.. pada mulanya aku sangka mereka keluar rumah untuk beli gas,sebabnya masa tu gas dapur baru habis.. alih-alih bila mereka sampai je rumah, aku nampak ada plastik besar warna merah. bila aku amati betul-betul pada plastik tu,aku nampak ada.."kek!!!!" excited sangat aku time tu. mereka tersenyum saja melihat keterujaanku mendapat kek birthday..haha

this is my cake (^_^)

Pada malam tu, selain daripada kami semua makan kek.. kami turut dihidangkan dengan mi goreng yang sedap. hasil tangan kakak iparku. :) senyumanku tak lekang untuk tersenyum pada hari itu.. hari yang indah bagiku.. hehe..
Aku juga turut memperoleh suatu hadiah daripada kakakku.. walaupun lambat diberi,tetapi  wish bufdayku,dialah yang terawal..hihi.. terima kasih kakakku..

inilah hadiah yang kuterima.. :)

baru test ditangan.. pink colour~

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang hadir dalam life aku. melengkapi hidup aku selama ini.. biarpun ada pahit manisnya..namun ikatan silaturrahim itu akan sentiasa bersambungan..insyaallah.. ;)

Monday, December 17, 2012

KISAH INGIN BERCOUPLE


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak ‘join’,kawan kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur  mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak. Kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat cabuk’(cari publisiti). Tapi sya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur.

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah saya rasa. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’. Di dorm sms awek sampai pagi. Ada yang call sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.

Saya mula berfikir. “adakah aku perlu BERCINTA?”. Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu,saya pun mula menanam tekad untuk ber ‘couple’. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Tapi saya tak kisah,nak beli gak. Akhirnya dipendekkan cerita,saya pun mulalah BERCINTA.

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..‘ALL OUT’ lah. Haha. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya. ‘gayut’ malam-malam, kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber ‘couple’ tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau,sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk,men pujuk-pujuk. Kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama.

Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam, asalkan awak memahami saya.
Satu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya  kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan ISLAM. Saya kena jadi baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan AL-QURAN. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Saya beli terjemahan Quran,sebab  nak tadabbur Quran. Saya beli dua,satu untuk saya,satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri. Jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim,nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah, bercinta kerana ALLAH. Kita couple tak macam orang lain.orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je. Ada yang siap buat  maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’ . tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa,takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihat awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredhai. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH di akhirat kelak. Sesuai dengan firmanNYA dalam surah Al-A’raf, surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” mereka menjawab: “agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa”.

Lepas tu saya mula beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa saja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman,apa lagi, tegur jela depan-depan..huhu~~
Lepas tu,satu masa.. saya terbaca pasal couple.

couple HARAM

Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi, macam betul pulak. Huhu~~ tapi biasala, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita.

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu. Dan teruskan saja hubungan kita. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang. Cuma saling ambil berat. Tanya khabar, borak-borak, siap bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…

Masa ni dah nak dekat trial SPM. Lagi tiga minggu sebelum trial. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan. Buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah.

Ada yang terima, ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je. Tapi tak kisah, saya ada tempat mengadu. Huhu~~

Suatu masa, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri. Saya terjumpa ayat ini..

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan,sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..

“Selama  ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah,suka buang masa, ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. macam mana ya?”

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)”

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..

“alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak. Sebenarnya ber ‘couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu,kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali. Saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.

Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,solat awal waktu. Dalam fikiran saya.. “ni kira dakwah juga, saling ingat-mengingati.”

******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Takkan nak panjang-panjang program sampai tengah malam. Pihak penganjur pun faham.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. “kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Ala, buat apa fikir macam tu..tanya jela. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak Tanya sikit boleh?”

“Em, boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”

“Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni,perempuan la. Tapi bukanla kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatla..”

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata. Mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

“sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”

“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. ALLAH firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, ayat yang ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

“Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”

Saya tak mahu mengalah.

“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”

Dan (juga) kaum Ad dan tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalang mereka dari jalan (ALLAH), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (surah  Al-Ankabut, surah 29,ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pad anta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat ALLAH. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”

“Em, betul nta dah janji taknak jumpa dengan dia. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau nta janji taknak call dia pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh…masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”

“Zina hati?” saya menduga.

“Betul, zian hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun nta buat, nta tak dapat lari daripada zina hati.”

Saya terdiam.. kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

“Ana dulu pun pernah couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah,ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikri, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”

“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat.”

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada orang lain masa tu. Brother tu jawab…

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun,mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha ALLAH, biarlah orang nak kata apa-apa sekalipun, yang penting redha ALLAH. Kalau ALLAH tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”

Saya terdiam lagi.

“Pasal dia pula, cuba nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”

Saya dah tak tahan lagi. Masa itu saya menangis , saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”

“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir disini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”

“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?

“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ‘sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”

Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat.”
Saya cakap..

“Saya rasa saya belum ada kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

“Akh..nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan.”

Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknya.. saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tinggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”

“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”

“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan juga diri.

“Semuanya dah jelas. Buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni ALLAH tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya.”

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

“Assalamualaikum, sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana ALLAH. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.”
Berat betul nak hantar sms kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika, saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya. Saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.

“Terima kasih bang..”

“Takpe, dah tanggungjawab.”

Malam tu saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat ALLAH, surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

******
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. macam-macam yang berlaku. Ada kritikan. Ada gak yang setuju. Tapi tak kisahlah semua tu.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat..

“seindah gubahan pertama.”

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.. “kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasa itulah yang terakhir.

“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNYA, tetap tiada gunanya.
Assalamualaikum, saya tahu dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar ALLAH yang menentukan…lagi satu,
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta ALLAH. Tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan, itulah cinta abadi, cinta yang diredhai.
-Yang Terakhir-“
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, ALLAH akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik.
Takkan..buat selama-lamanya.

(Dipetik dari suatu sumber)

Thursday, December 6, 2012

PENANTIAN SAAT 7 DISEMBER

Detik 7 Disember bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi. Tak sabar rasanya menanti detik itu. Nak tau kenapa? hehe.. 7 DISEMBER 1993 adalah detik kelahiranku..pada jam 9.08 p.m.. Tapi, aku tertanya-tanya,ada ke yang akan mengingati tarikh ini? emm.. tak apalah, yang penting adalah jalan kehidupanku pada masa ini. 7 Disember. Seingatku, tak pernah lagi ada sambutan atau majlis yang dilakukan untukku meraikan hari itu. Aku tak seperti orang lain yang sentiasa diingati tarikh keramatnya. Tapi apa yang penting bagiku,cukuplah sekadar ucapan dari familiku dan detik indah bersama orang-orang yang kusayangi. Perjalanan hidup yang indah,dibawah lembayung rahmat-NYA itu adalah hadiah yang terbaik bagiku. :) 

 
(ini bunga untuk anda & saya)
HAPPY BIRTHDAY
(^_^)

Monday, August 20, 2012

syawal mengukir senyuman

   Assalamualaikum semua..hari ini merupakan hari kedua raya.. syukur alhamdulillah,dapat melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sebaik-baiknya. hari raya pertama ramai tetamu yang hadir ke rumah,kadiang kala tak cukup tangan juga mencari pinggan mangkuk,hidangkan kuih muih,makanan  bagai..tapi alhamdulillah,tetamu pun faham situasi kita.. (^_^)

   Musim-musim raya macam ni mesti ramai yang berkonvoi ke rumah rakan taulan.. ada juga yang pasang niat nak duit raya..hehe..biasalah tu..tetapi apa yang penting momen sewaktu berjumpa itu..nak nak bila sudah lama tak bersua muka,dek berada di kejauahan,di perantauan..mak ai!! lagi lah rindu saat-saat macam ni..

   Hmm..bagi yang kaki TV,memang happy sangatlah..apa lagi,banyak rancangan yang menarik disiarkan di televisyen..saya pun turut tak ketinggalan menonton rancangan-rancangan raya ni..hehe..tergelak juga melayan cerita-cerita masa-masa  macam ni..nak nak bila bersama-sama dengan keluarga tercinta.. =)

   Masa first day raya..sudah menjadi satu kemestian untuk ahli-ahli keluarga saling bermaaf-maafan..keluarga saya turut melakukannya..setelah selesai solat raya,kami sekeluarga bekumpul diruang tamu..dari ibu,adik beradik yang tua hinggalah yang muda,saling bersalam-salaman memohon maaf dan ampun..saya suka keadaan pada waktu itu..bukan mudah untuk melakukannya,tapi itulah yang selalu disebut..AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS..ikatan kekeluargaan itu kuat..walau semerajuk mana pun kita,ikatan itu tetap tak lari..penghujungnya,kita juga yang happy..=)

   saya sekeluarga sempat la juga bergambar setelah selesai bermaaf-maafan..sementara menunggu tetamu hadir,berposing-posing la dulu kami sekeluarga..hehe..ini dia gambar kami =>


   Namun,masih ada lagi ahli keluarga saya yang tidak dapat melengkapi gambar ini..meskipun begitu,semuanya tetap berada di hati ini.. (^_^)

        Ini pula yang masih belum berkeluarga...hehe..duduk bergambar bersama mak dan abah kami..

   Baiklah..sampai disini dulu perkongsian saya bersama anda..andai ada ruang dan peluang,andai diizinkan ALLAH..insyaallah,saya akan kongsikan bersama anda lagi..senyum selalu!!sekian..wassalam. ^.^

Saturday, August 18, 2012

Bicaraku menjelang syawal

Assalamualaikum..sudah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini,yakni bulan ramadhan.. Tak lama lagi kita semua bakal menyambut bulan syawal yang sangat dinanti-nantikan.. Bulan kemenangan buat umat islam.. Dimana setiap senyum,gelak tawa,titisan air mata bakal kelihatan.. Ramai yang bakal menziarahi tanah perkuburan,berkunjung ke rumah-rumah saudara mara,sahabat handai..

Kanak-kanak merupakan orang yang paling gembira saat menyambut hari raya.. Manakan tidak,apa yang bermain difikiran mereka ialah "DuiT RAYA"..hehe..lumrah menjadi kanak-kanak..kita juga pernah merasainya bukan?? menggembirakan hati kanak-kanak merupakan suatu perkara yang sangat baik.. :)

Para Ibu pula mesti sibuk di dapur,menyediakan makanan untuk tetamu yang bakal hadir pada waktu raya..
Di atas meja terhidanglah pelbagai juadah yang enak-enak belaka..ada satay la,ketupat lagi,rendang daging,biskut raya,dan berbagai lagi juadahnya.. itu tidak dikira lagi jenis-jenis air yang terhidang..air anggur,oren,sirap.laici.haa...yang paling best lagi air RIBENA,,khelass Ibu.. :P

Para Ayah pula,haa...apa lagi,seorang yang relaks,steady..sentiasa menunggu kepulangan anak-anaknya pulang ke kampung halaman,ke teratak impian,ke teduhan yang nyaman..rumah dimana kita dibesarkan..
bagi ayah saya,dia suka dekorat halaman..dia sukakan kehijauan yang nyaman dan indah.. (^_^)
Teringat pula,sewaktu bersalaman dengan ayah dan ibu..sayu rasa hati dek kesilapan yang selalu dilakukan..
melalui telapak tangan itulah ku cium memohon ampun,denagn air mata yang bergenang di tubir mata ini..
sayu rasa hati ini..tidak pernah berhenti dari melakukan kesilapan..

Kuharap dapat diberi lagi kesempatan untuk menikmati hari-hari yang indah bersama orang-orang yang kusayangi..insyaallah..=)

Sunday, March 18, 2012

sweet memoir!!!

Hamba Allah Yang Pengasih
makna namamu yang terpilih
terpancar sinar harapan menggunung
untuk cintamu yang agung.....


cahaya matamu menyentuh hati
melirih riang di sanubari
tanpa sengketa tanpa benci
kau tetap yang abadi
nan hakiki di jiwa ini....


cahaya wajahmu memancar sinar
tanpa jemu ia menyinar
umpama bulan purnama
mencari sang empunya rasa...


pabila hari pertemuan
kau menjadi tak keruan
aku terdiam tanpa kata
laksana patung tanpa suara....


hanya tuhan tahu
maksud itu
untuk diriku
dan dirimu...


9.37 p.m.
(19/3/11)

RASA HATI

Sewaktu hati tenang, tiada apa yang merisaukan..
Pabila ia hadir..
Di kaca mata ini..
Hati terdetik tiba..
Tidak ku kenali dirinya..
Namun rasa hati kuat mendorong..
Jauh lamunanku..
Ntah sampai dimana..
Pada hakikinya ku tahu dimana..
Namun..
ku tahu realiti ini..
Bukan ku pinta ia untukku..
Cuma sekadar terbitnya rasa hati..
Apa yang jelas..
Qada' & Qadar ALLAH penentunya..

Tuesday, January 24, 2012

TITIPAN INSANI~

  • "MATA itu berzina dan zinanya adalah dengan memandang (tanpa keperluan)."
  • "LISAN itu berzina dan zinanya adalah dengan bercakap (yang sia-sia,lucah,dsb)."
  • "KAKI itu berzina dan zinanya adalah dengan melangkah (untuk bermaksiat)."
  • "TANGAN itu berzina dan zinanya adalah dengan merangkul (untuk bermaksiat)."
  • "HATI itu berkeinginan  dan berangan-angan."
  • "FARAJ yang kemudian membenarkan atau mendustakannya."
      (RIWAYAT AL-BUKHARI , MUSLIM DAN ABU DAUD)

RENUNGAN~

Hidup ini tidak bermakna tanpa adanya dugaan.
Dugaan memberi kita cabaran dalam menghadapi kehidupan.
Lalu,bagaimana mumgkin untuk kita lari dari semua itu?
Kerana itu bukankah sudah tertulis untuk kita hadapinya..
TUHAN itu MAHA ADIL.
DIA tidak membebani hambaNYA  dengan sesuatu yang tidak boleh hambaNYA sahuti.
Lantas,mengapa mudah sahaja kita mengeluh menerima dugaan dariNYA?
Sedangkan dengan itulah yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada YANG MAHA ESA.
Wallahuaklam.

BICARA HATI

Setiap saat ku menanti,
Setiap detik ku telusuri,
Sedalam lautan ku hadapi,
Setinggi langit ku mendaki.
Namun harus bagaimana lagi?
Segala dugaan yang meniti,
Di bibir-bibir nasib ini,
Rela ku genggami.
Hanya TUHAN ku harap kini,
Pada RASUL ku tabur cinta ini,
Cinta yang selalu mekar di sanubari,
Hanya milik YANG HAKIKI.
Sehingga ajal menyeru diri,
Akan ku rangkum erat cinta abadi,
Tanpa secebis gelora di hati.
Hanya ku tabur benih suci,
Nan abadi di syurga nanti...
AMIN~