Saturday, January 26, 2013

Bila hati berbicara

Hati ini tiada tanding nilainya.
Tidak mampu dibeli, tidak pula boleh dijual.
Hati ini terlalu berharga.
Baik untuk ditakluki, mahupun untuk dilukai.
Hati ini lembut sifatnya.
Ia penuh rasa sayang, ia juga ada rasa cinta.
Namun kadang kala, sifatnya ada juga sensitif.
Mudah terguris, mudah tersinggung, dan mudah juga terluka.
Tetapi apabila hati berasa bahagia..
semua perkara yang dilakukannya dalam girang.
Itulah CINTA..
fitrah yang dikurnia ILAHI.
Meskipun CINTA itu dalam kebisuan..
Aliran rasanya tetap menggamit jiwa.
Ada benarnya orang kata cinta itu buta.
Ini kerana ada yang buta untuk melihat ketulusan hati sang pencintanya..
Ada juga yang tidak tahu dirinya sedang dicintai..
Dan mungkin juga tiada cinta yang mampu diberi.
Kepada sang pencintanya..
Mungkin hanya mampu berharap, ada ruang dalam hati itu untuknya.
Mungkin juga tertanya-tanya..
"adakah dia jodohku?"..
Apa yang pasti..
Hanya ALLAH yang mengetahui perjalanan hidup ini.
Hanya DIA yang tahu siapa jodoh  kita.
Hanya kuasa ILAHI dapat pertemukan dan satukan kita.
Insyaallah..
Seandainya dia jodohku, ALLAH pasti satukan dirimu dan diriku ~

~seindah kasih abadi~