Benar.. setiap perkara yang berlaku adalah dari ketentuanNYA.. Diakui bahawa kita sebagai insan di muka bumi ini sering berharap dan berkeinginan pada sesuatu yang diingini. tapi pernah ke kita terfikir bahawa apa yang kita inginkan itu turut dipersetujui TUHAN atau tidak?
Ada insan inginkan kesempurnaan.. mereka akan cuba untuk jadi sempurna walau dengan apa cara sekalipun. tapi pernah ke mereka terfikir, tiada yang sempurna bagi insan sekerdil kita?
kita tak mampu menjadi insan yang sempurna, tapi kita boleh menjadi insan yang saling melengkapi. mana yang kurang sama-sama ditampung, mana yang ada kelebihan sama-sama dimanfaatkan bersama. Bukan hanya mencari keistimewaannya sahaja.. dan juga bukan terus menghindarkan diri dari memandang suatu yang terbaik ALLAH kurniakan buat kita.
ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang..sifatNYA YA LATIFF iaitu maha lembut, DIA dapat mengetahui apa yang hati kita bicarakan..apa yang diingin oleh hati itu.. kasih sayang.. DIA salurkan perasaan kasih dan sayang itu dalam hati kita, sebagaimana sayangnya DIA pada kita. DIA berikan kelembutan pada hati itu untuk terus merasai kasih sayang kurniaanNYA. namun, sebagai hambaNYA kadangkala kita sering melakukan kekhilafan dan seringkali melupakanNYA.
Ada kalanya, apa yang kita inginkan itu telah dimakbulkan TUHAN, tapi kadangkala kita tak sedar semua itu. kita hanya mampu melihat pada sesuatu yang lebih baik dari itu.. kita berkeinginan untuk memilih jika ada yang lebih baik dan lebih baik dari itu. sedangkan ALLAH itu maha mengetahui bahawa perkara itulah yang terbaik untuk kita.. sedangkan kita? terus buta dari melihat pilihan yang terbaik ALLAH kurniakan.
Jika kita yakin itulah yang terbaik..ALLAH juga akan beri yang terbaik untuk kita.. ALLAH sayang pada kita, jadi yakinlah pada kasih sayangNYA.. kasih sayang yang takkan pernah habis datangnya dari ALLAH s.w.t.. kita hanya insan kerdil, yang hanya mampu berharap dan berharap....setelah berusaha melakukan yang terbaik.