Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak ‘join’,kawan kata saya
menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal
sebenarnya saya nak tegur mereka buat
bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak. Kononnya nak tarik
perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar
lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Budak-budak lelaki semua kata
saya ‘mat cabuk’(cari publisiti). Tapi sya tak kisah. Asalkan ada yang
terhibur.
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah
manusia. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah saya rasa.
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’. Di dorm sms awek sampai pagi.
Ada yang call sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.
Saya mula berfikir. “adakah aku perlu BERCINTA?”.
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu,saya pun mula menanam
tekad untuk ber ‘couple’. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah
jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
Mula-mula awak jual mahal. Tapi saya tak kisah,nak
beli gak. Akhirnya dipendekkan cerita,saya pun mulalah BERCINTA.
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat.
Apa orang kata..‘ALL OUT’ lah. Haha. Saya selalu call awak,awak pun selalu call
saya. ‘gayut’ malam-malam, kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi
segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber ‘couple’ tu, tidak terasa pun
kehilangannya.
Masa bercinta memang indah. Semuanya indah.
Sikit-sikit gurau-gurau,sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk,men pujuk-pujuk.
Kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama.
Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa
itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya
tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam, asalkan awak memahami saya.
Satu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah. Dalam
ceramah tu saya sedar, saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan
ISLAM. Saya kena jadi baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan
kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan
masjid. Rapatkan diri dengan AL-QURAN. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu
dengar tazkirah.
Saya beli terjemahan Quran,sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua,satu untuk
saya,satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri. Jadi saya ajak awak
sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling).
Saya ajak awak saling beri tazkirah.
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak
ingat saya dah nak jadi alim,nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat
benda yang salah, bercinta kerana ALLAH. Kita couple tak macam orang lain.orang
lain couple ‘jiwang-jiwang’ je. Ada yang siap buat maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan
macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’ . tak
guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa,takut berlaku maksiat. Cuma sms dan
call je.
Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak
nasihat awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab
teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya
rasa, hubungan kita semakin diredhai. Saya selalu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari
bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang
kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh
ALLAH di akhirat kelak. Sesuai dengan firmanNYA dalam surah Al-A’raf, surah ke
7, ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka
berkata: “mengapa kamu menasihati kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka atau
mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” mereka menjawab: “agar kami
mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka
bertaqwa”.
Lepas tu saya mula beri tazkirah pada kawan-kawan
dan adik-adik. Tegur mereka apa saja yang silap. Saya tak boleh tahan bila
tengok orang buat salah/dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur
dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman,apa lagi, tegur jela
depan-depan..huhu~~
Lepas tu,satu masa.. saya terbaca pasal couple.
“couple HARAM”
Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang
dia bagi, macam betul pulak. Huhu~~ tapi biasala, kalau kita suka satu benda
tu, kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita.
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu. Dan teruskan
saja hubungan kita. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan.
Tak jiwang-jiwang. Cuma saling ambil berat. Tanya khabar, borak-borak, siap
bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..
Masa terus berlalu…
Masa ni dah nak dekat trial SPM. Lagi tiga minggu
sebelum trial. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan. Buat study
group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah.
Ada yang terima, ada juga yang buat tak tahu.
Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada
kata saya tegur tak berhikmah. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je. Tapi tak
kisah, saya ada tempat mengadu. Huhu~~
Suatu masa, ketika sedang mentadabbur Al-Quran
seorang diri. Saya terjumpa ayat ini..
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)
kebajikan,sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu
membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
“Selama ini
aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat
marah,suka buang masa, ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. macam mana ya?”
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan
yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)”
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
“alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple
gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..”
Berfikir sejenak. Sebenarnya ber ‘couple’ ni boleh
ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu,kenapa
saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya berhubung dengan perempuan? Dan
terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali. Saya ke Pulau Pinang
untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman
saya mengenai dakwah akan lebih mantap.
Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi
dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran
hari ini,solat awal waktu. Dalam fikiran saya.. “ni kira dakwah juga, saling
ingat-mengingati.”
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul
10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat.
Takkan nak panjang-panjang program sampai tengah malam. Pihak penganjur pun
faham.
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan
fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya
pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. “kalaulah betul couple tu
salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Ala, buat apa fikir
macam tu..tanya jela. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”
Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu. Masa
tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
“Assalamualaikum, bang, saya nak Tanya sikit boleh?”
“Em, boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah
ni, saya ada kenal seorang kawan ni,perempuan la. Tapi bukanla kawan
biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula
brother tu kata. Mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
“sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik
kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam
Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
ALLAH firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, ayat yang ke 32: Dan janganlah
kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk.”
“Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni
menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal
perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi.
Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak
pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil, yang haq tetap haq. Cuba
tengok ayat ni.”
Dan (juga) kaum Ad dan tsamud, dan sungguh telah
nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.
Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalang mereka dari jalan (ALLAH), sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam. (surah Al-Ankabut,
surah 29,ayat 38)
“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang
berlaku pad anta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta
lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan
sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah
sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat ALLAH. Mesti ada masanya nta hanya
melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “tapi bang,
saya dah janji dengan dia taknak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa
nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri.
Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul nta dah janji taknak jumpa dengan dia.
Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau nta janji taknak
call dia pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh…masih ada
zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”
“Zina hati?” saya menduga.
“Betul, zian hati. Semua inilah yang Rasulullah
jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh
‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah
bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan
bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan
berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui,
mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun nta buat, nta tak
dapat lari daripada zina hati.”
Saya terdiam.. kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua
yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
“Ana dulu pun pernah couple gak. Lagi lama daripada
nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa
yang ana buat ni salah,ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikri, dialah bakal
isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi
besar masalah ana daripada nta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata.
Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka
semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan
jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat
sangat.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis
depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada orang lain masa tu.
Brother tu jawab…
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun,mereka
boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak
kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha ALLAH,
biarlah orang nak kata apa-apa sekalipun, yang penting redha ALLAH. Kalau ALLAH
tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya terdiam lagi.
“Pasal dia pula, cuba nta fikir dari sudut positif,
mungkin dia akan terima keputusan nta secara matang. Mungkin dia juga akan buat
keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa
perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang
nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan
atas perbuatannya sendiri.”
Saya dah tak tahan lagi. Masa itu saya menangis ,
saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu
haram.
“Jadi apa saya nak buat bang?”
“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan
pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir disini.
Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi
dia langsung lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi
bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?
“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ‘sejarah’
dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan nta satu universiti dengan dia, satu
kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia
hanya sebagai group discussion partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..
“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke?
Sekarang gak? Takkanlah awal sangat.”
Saya cakap..
“Saya rasa saya belum ada kekuatan la bang. Boleh
tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
“Akh..nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu,
tapi ia perlu dibina. ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah
ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple
ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah,
mereka tinggalkan.”
Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknya.. saya rasa
macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
“Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena
tinggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button
handphone ni. Rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya
gagahkan juga diri.
“Semuanya dah jelas. Buat apa aku tangguh-tangguh
lagi. Takut nanti hidayah ni ALLAH tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku
selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya.”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum, sebenarnya selama ini hubungan
kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia
dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana ALLAH. Saya minta
maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu
juga. Assalamualaikum.”
Berat betul nak hantar sms kat awak. Saya masih tak
mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu saya hanya akhirkan dengan ucapan
salam. Lepas beberapa ketika, saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah
hilang. Macam tak percaya. Saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dah tanggungjawab.”
Malam tu saya tidur dengan linangan air mata..tak
sangka..memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi
itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat ALLAH,
surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.
******
Masa terus berlalu.
Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak,
bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala
dalil.. macam-macam yang berlaku. Ada kritikan. Ada gak yang setuju. Tapi tak
kisahlah semua tu.
Tiba-tiba satu pagi ni,
dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat..
“seindah gubahan
pertama.”
Saya rasa awak masih
tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.. “kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya
hantarlah sms ni. Dan rasa itulah yang terakhir.
“Tiada yang lebih indah
daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi
tak mendapat keredhaanNYA, tetap tiada gunanya.
Assalamualaikum, saya
tahu dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya
taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar ALLAH yang menentukan…lagi satu,
Jangan cari cinta
manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta
ALLAH. Tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan, itulah cinta abadi, cinta
yang diredhai.
-Yang Terakhir-“
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat
keputusan.
Saya pasti apa yang
saya buat ni betul.
Saya yakin, ALLAH akan
sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah
balik.
Takkan..buat selama-lamanya.
(Dipetik dari suatu sumber)