Monday, February 11, 2013

Rindunya BIZ padaku..

Rindu juga BIZ  pada aku. yela manakan tak rindunya, dah nak masuk 2 bulan aku berhijrah. kesian BIZ, rindukan aku.. mungkin kerinduan itu tidak dapat ditutur olehnya, tapi dari cara pandangnya, gerak badannya, selera makannya, dapat menunjukkan dia rindukan pemiliknya, yang selama ini telah membesarkan dia.

'BIZ' .. seekor arnab kampung, berjantina betani yang telah aku pelihara. aku beli Biz pada usia dia 1 bulan. masa itu aku dan famili  singgah di temerloh, rumah along. kebiasaannya di temerloh, pada pagi ahad diadakan pasar pagi. jadi kami sefamili pun pergilah ke pasar pagi sebelum pulang ke rumah kami. pasar pagi temerloh itu betul-betul berada di tepi sungai temerloh. suasananya juga agak meriah. biasalah, hari minggu kan,orang semua keluar makan angin.

Nak jadikan cerita, aku jalanlah sendirian kat pasar itu..famili dah jalan kedepan dahulu berbanding aku yang ada di belakang. sambil-sambil jalan tu, aku tengok-tengok juga jualan yang ada.. tiba-tiba aku tertarik pada satu gerai ni. dia jual anak-anak arnab,yang comel-comel belaka. aku berhenti kat gerai tu dan asyik menengok anak arnab tu. telompat-lompat,merayap-rayap, yang tidur pun ada. suka sangat tengok gelagat anak arnab tu.

 Lepas tu terdetik hati aku untuk mempunyai arnab. selama ni aku tak pernah bela arnab. teringin juga rasanya nak bela arnab. aku main-mainlah dengan arnab tu. sejenak kemudian aku berlalu dari situ, mencari familiku. sambil-sambil berjalan tu, otak ni ligat berfikir... 'nak beli ke tak? nak beli ke tak?'. sampailah aku bertemu dengan famili.

Aku pun cuba nyatakan hasrat untuk membeli anak arnab kepada mereka. sejurus itu, dengan riak kehairanan mereka memandang ke arahku. hah!! betul ke nak beli? siapa nak jaga nanti?'..mereka menyoal. dengan hasrat yang tinggi untuk memiliki arnab tu, aku pun berkata dengan yakin untuk membeli dan menjaganya.

Setelah itu, aku dan along pergi semula ke gerai tu dan memilih arnab yang ku ingini. sebenarnya Biz itu tidak la cantik sangat macam arnab kacukan. Biz seekor arnab kampung, berbadan kecil. tapi bagi pandanganku, Biz sudah cukup comel dan ada daya penarik untuk dimanjai olehku.. hehehe.. sweetttt kan?

Kemudian aku bawa Biz balik ke rumah. aku besarkan dia. Along bagikan GOKU, arnab jantan yang berbulu tebal sebagai temannya. aku jaga dia, belai dia, jaga anak-anak yang dia lahirkan.. semuanya comel macam dia.. hehehe.. tapi kadang kala masaku agak terbatas untuk menjaganya. so, abah dan mak kesayangankulah yang tolong jagakan. thanx ye mak abah.. :)

Tadi aku pergi juga jenguk Biz dan Goku.. sudah lama tak bertemu sejak aku berhijrah ni. mak kata Biz rindukan aku. mak cakap time dia bagi makan, Biz termenung, pandang ke arah lain. bila mak tanya ' Biz..ko rindukan tuan ko ke?'. Biz pandang ke arah mak. macam mengeyakan pertanyaan itu. Binatang ni kan tak dapat bertutur, kita cuma boleh baca perasaan dia dari daya yang ada pada anggota badannya. aku juga dapat melihat kerinduan Biz padaku tatkala aku usap badannya, bercakap dengannya. sinaran matanya yang bercahaya itu seolah-olah ingin menyatakan perasaannya disaat pertemuan kami tadi.

Biz..walaupun seekor binatang, namun sifatnya yang lembut itu menjadi daya penarik kepada sesiapa yang memandangnya. I MISS U TOO..

Biz sewaktu kecil...sangat cute!!!

Biz bermain-main di taman depan rumah sambil makan rumput.. :)

Setiba Biz dirumahku, meja studi  ni jadi port dia bermain mengenal kawasan..hehe

 Biz and me...sewaktu dia kecil (kini sudah setahun Biz bersama kami sefamili)..

Hope we will be together again..beranak banyak-banyak ye Biz, jadi ibu yang baik. Jangan marah marah orang lain tau.. be the good BIZ...(^_^)


KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini ada sebabnya. semuanya telah ALLAH atur untuk kita lalui dan hadapinya. cuma kita tak tahu perkara itu akan memberi impak yang bagaimana pada diri kita dan juga kepada orang-orang di sekeliling kita.

Ujian yang ALLAH bagi kepada kita ini adalah tanda sayangnya DIA kepada kita. Aku juga turut diuji. dalam kegembiraan untuk pulang ke kampung, aku diuji. sepanjang perjalanan pulang, fikiranku dibebani oleh persoalan, permasalahan, kerunsingan, kegundahan dan tiada rasa tenang. dalam perjalanan itu, kerap kali menungku merajai diri ini. aku cuba untuk tersenyum, kerana aku tak ingin orang lain kena tempias kegundahan ini. biarlah aku bermonolog dalaman saja dulu.

Setibanya di kampung, hatiku jadi senang. melihat familiku sibuk melakukan persiapan. pada mulanya aku tak pasti persiapan apa yang dilakukan oleh mereka. kemudian aku bertanya pada kakak tentang perkara itu. ooo...rupa- rupanya familiku nak buat BBQ untuk malam itu. kiranya ada jamuan la sikit di rumah kami. aku terima perkara itu dengan senang hati. mana tak nya, lama dah tak berkumpul seluruh ahli famili macam itu.

Dalam kegembiraan, ada kedukaan. bilamana seisi keluarga riuh rendah bertanya itu dan ini, tiba-tiba hadirnya suatu masalah. masalah itulah yang aku tanggung selama dalam perjalanan pulang ke kampung. aku tahu itu semua bakal terjadi, tapi aku tak sangka terlalu cepat ia berlaku. aku tak tahu apa puncanya, cuma apa yang ku tahu, aku adalah mangsa keadaan. hujung pangkalnya tidak ku ketahui.

Pasti ada hikmah diatas setiap apa yang berlaku ini. ALLAH lebih mengetahuinya. aku sayang pada familiku. tidak akan sekali-kali ku biarkan ikatan kekeluargaan kami diceroboh oleh perkara-perkara yang tidak baik. kepada abangku : tabahkanlah hati dan dirimu untuk  menghadapi ujian yang diberi ini. maaf dipohon seandainya kekhilafan ini telah  melukakan hatimu. aku juga turut  terluka atas semua ini. insyaallah, hikmah ALLAH itu lebih besar dari kesedihan yang kita alami ini.

              Jangan bersedih ye abangku~

              cuba senyum macam adikmu ini ~  (^_^)

Saturday, February 9, 2013

HOME SWEET HOME~

Assalamualaikum semua!!!
Tak sabar rasanya nak pulang ke rumah kelahiran. Insyaallah hari ini aku akan pulang ke rumah yang tercinta itu.. yippy!!!
Rindu pada mak dan  abah disana..hehehe.. Semenjak berhijrah ni, asal orang sana call je, mesti tanya 'bila nak balik sini?' 'macam mana duduk kat sana?'...rindu la tuuuu....haha
Actually, aku pun rindu pada family disana.. rindu sangat-sangat tau.. hanya Tuhan je tahu macam mana perasaan rindu yang terpendam pada saat ini..huhu
Can't wait!!!!!!!
hope perjalanan pulang kami (aku & family kakakku) ke sana berjalan lancar dan sampai dengan selamat..amiinnn~
Hari ini bestfriend aku pun ada balik sana..mungkin sekarang dia berada di PUDU atau mungkin dalam perut bas sudah..almaklum saje la..sekarang tengah cuti raya cina..semua sedang bercuti sekarang..semoga selamat sampai ye sahabatku cik qilah..hehe ;-)
Alamak!! nak balik kampung,tapi tak packing barang lagi.. insyaallah, sebentar sahaja lagi aku akan kemas-kemas beg untuk dibawa pulang. Mungkin tak banyak sebabnya di rumah sana sudah berlambak baju yang aku ada.. alamaklum saje la..rumah tempatku membesar,bermanja dengan mak abah,berkumpul dengan family,bergaduh dengan adik.. semua ada la disana..Don't worry everything complete at home sweet home..
Cant't wait!!! Can't wait!! Can't wait!!
hehe..hope u alls pun excited macam aku nak balik kampung... (^_^)
insyaallah, hope ALLAH permudahkan urusan ini...amiiinnnn.
                                                  bagi siapa-siapa yang nak balik kampung tu
                                                  pandu kereta berhati-hati tau. ingat pada yang
                                                  tersayang..... :) wassalam~