Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini ada sebabnya. semuanya telah ALLAH atur untuk kita lalui dan hadapinya. cuma kita tak tahu perkara itu akan memberi impak yang bagaimana pada diri kita dan juga kepada orang-orang di sekeliling kita.
Ujian yang ALLAH bagi kepada kita ini adalah tanda sayangnya DIA kepada kita. Aku juga turut diuji. dalam kegembiraan untuk pulang ke kampung, aku diuji. sepanjang perjalanan pulang, fikiranku dibebani oleh persoalan, permasalahan, kerunsingan, kegundahan dan tiada rasa tenang. dalam perjalanan itu, kerap kali menungku merajai diri ini. aku cuba untuk tersenyum, kerana aku tak ingin orang lain kena tempias kegundahan ini. biarlah aku bermonolog dalaman saja dulu.
Setibanya di kampung, hatiku jadi senang. melihat familiku sibuk melakukan persiapan. pada mulanya aku tak pasti persiapan apa yang dilakukan oleh mereka. kemudian aku bertanya pada kakak tentang perkara itu. ooo...rupa- rupanya familiku nak buat BBQ untuk malam itu. kiranya ada jamuan la sikit di rumah kami. aku terima perkara itu dengan senang hati. mana tak nya, lama dah tak berkumpul seluruh ahli famili macam itu.
Dalam kegembiraan, ada kedukaan. bilamana seisi keluarga riuh rendah bertanya itu dan ini, tiba-tiba hadirnya suatu masalah. masalah itulah yang aku tanggung selama dalam perjalanan pulang ke kampung. aku tahu itu semua bakal terjadi, tapi aku tak sangka terlalu cepat ia berlaku. aku tak tahu apa puncanya, cuma apa yang ku tahu, aku adalah mangsa keadaan. hujung pangkalnya tidak ku ketahui.
Pasti ada hikmah diatas setiap apa yang berlaku ini. ALLAH lebih mengetahuinya. aku sayang pada familiku. tidak akan sekali-kali ku biarkan ikatan kekeluargaan kami diceroboh oleh perkara-perkara yang tidak baik. kepada abangku : tabahkanlah hati dan dirimu untuk menghadapi ujian yang diberi ini. maaf dipohon seandainya kekhilafan ini telah melukakan hatimu. aku juga turut terluka atas semua ini. insyaallah, hikmah ALLAH itu lebih besar dari kesedihan yang kita alami ini.
Jangan bersedih ye abangku~
cuba senyum macam adikmu ini ~ (^_^)

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment