Monday, February 11, 2013

Rindunya BIZ padaku..

Rindu juga BIZ  pada aku. yela manakan tak rindunya, dah nak masuk 2 bulan aku berhijrah. kesian BIZ, rindukan aku.. mungkin kerinduan itu tidak dapat ditutur olehnya, tapi dari cara pandangnya, gerak badannya, selera makannya, dapat menunjukkan dia rindukan pemiliknya, yang selama ini telah membesarkan dia.

'BIZ' .. seekor arnab kampung, berjantina betani yang telah aku pelihara. aku beli Biz pada usia dia 1 bulan. masa itu aku dan famili  singgah di temerloh, rumah along. kebiasaannya di temerloh, pada pagi ahad diadakan pasar pagi. jadi kami sefamili pun pergilah ke pasar pagi sebelum pulang ke rumah kami. pasar pagi temerloh itu betul-betul berada di tepi sungai temerloh. suasananya juga agak meriah. biasalah, hari minggu kan,orang semua keluar makan angin.

Nak jadikan cerita, aku jalanlah sendirian kat pasar itu..famili dah jalan kedepan dahulu berbanding aku yang ada di belakang. sambil-sambil jalan tu, aku tengok-tengok juga jualan yang ada.. tiba-tiba aku tertarik pada satu gerai ni. dia jual anak-anak arnab,yang comel-comel belaka. aku berhenti kat gerai tu dan asyik menengok anak arnab tu. telompat-lompat,merayap-rayap, yang tidur pun ada. suka sangat tengok gelagat anak arnab tu.

 Lepas tu terdetik hati aku untuk mempunyai arnab. selama ni aku tak pernah bela arnab. teringin juga rasanya nak bela arnab. aku main-mainlah dengan arnab tu. sejenak kemudian aku berlalu dari situ, mencari familiku. sambil-sambil berjalan tu, otak ni ligat berfikir... 'nak beli ke tak? nak beli ke tak?'. sampailah aku bertemu dengan famili.

Aku pun cuba nyatakan hasrat untuk membeli anak arnab kepada mereka. sejurus itu, dengan riak kehairanan mereka memandang ke arahku. hah!! betul ke nak beli? siapa nak jaga nanti?'..mereka menyoal. dengan hasrat yang tinggi untuk memiliki arnab tu, aku pun berkata dengan yakin untuk membeli dan menjaganya.

Setelah itu, aku dan along pergi semula ke gerai tu dan memilih arnab yang ku ingini. sebenarnya Biz itu tidak la cantik sangat macam arnab kacukan. Biz seekor arnab kampung, berbadan kecil. tapi bagi pandanganku, Biz sudah cukup comel dan ada daya penarik untuk dimanjai olehku.. hehehe.. sweetttt kan?

Kemudian aku bawa Biz balik ke rumah. aku besarkan dia. Along bagikan GOKU, arnab jantan yang berbulu tebal sebagai temannya. aku jaga dia, belai dia, jaga anak-anak yang dia lahirkan.. semuanya comel macam dia.. hehehe.. tapi kadang kala masaku agak terbatas untuk menjaganya. so, abah dan mak kesayangankulah yang tolong jagakan. thanx ye mak abah.. :)

Tadi aku pergi juga jenguk Biz dan Goku.. sudah lama tak bertemu sejak aku berhijrah ni. mak kata Biz rindukan aku. mak cakap time dia bagi makan, Biz termenung, pandang ke arah lain. bila mak tanya ' Biz..ko rindukan tuan ko ke?'. Biz pandang ke arah mak. macam mengeyakan pertanyaan itu. Binatang ni kan tak dapat bertutur, kita cuma boleh baca perasaan dia dari daya yang ada pada anggota badannya. aku juga dapat melihat kerinduan Biz padaku tatkala aku usap badannya, bercakap dengannya. sinaran matanya yang bercahaya itu seolah-olah ingin menyatakan perasaannya disaat pertemuan kami tadi.

Biz..walaupun seekor binatang, namun sifatnya yang lembut itu menjadi daya penarik kepada sesiapa yang memandangnya. I MISS U TOO..

Biz sewaktu kecil...sangat cute!!!

Biz bermain-main di taman depan rumah sambil makan rumput.. :)

Setiba Biz dirumahku, meja studi  ni jadi port dia bermain mengenal kawasan..hehe

 Biz and me...sewaktu dia kecil (kini sudah setahun Biz bersama kami sefamili)..

Hope we will be together again..beranak banyak-banyak ye Biz, jadi ibu yang baik. Jangan marah marah orang lain tau.. be the good BIZ...(^_^)


No comments:

Post a Comment