Thursday, July 4, 2013
JALINAN TERMEKAR
Detik perkenalan mula mekar,
dalam malu ada suka,
kita mula berbicara,
berbual, bergelak ketawa,
bersama meluahkn rasa,
melalui wajah telah terduga,
biar bibir membisu,
tetapi hatikan berkata...
aku suka padamu,
ku ingin mendampingimu.
Biar hati berbicara dahulu,
menjelaskan erti perasaan itu,
menggunakan akal waras,
memikir sedalamnya tentang kita,
bisakah aku bersamamu?
melakar kisah kita bersama,
untuk hari hari mendatang.
Ku berserah pada takdir,
andai jodoh milik kita,
kuterima dirimu seadanya,
dan kuharap kau juga begitu,
menerimaku seadanya,
bukan semata-mata kerana fizikalku,
tetapi kerana keikhlasan hati ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment